Warghh! penat sungguh harini. fuh, setelah seharian mengadap MR BORED di rumah, akhir nya dapat jugak keluar dari kelompok Kebosanan tahap MONYET ni. fuhh. ibu balik ja, erine terus cakap nak ikut pergi rumah jiran sebelah. tetiba ibu tanya, kenapa nak ikut? yelah, selama ni tak pernah pernah kau nak ikut ibu rewang kan? ni tetiba pula. hish ibu ni. anak dara ibu kan dah besar, so sepatutnya dia kena lah bergaul dengan jiran mulai dari sekarang. kang nanti kawen tak ada siapa nak datang tolong kau rewang. haha :p haha actually nak ikut sebab bosan kat rumah. mati kutu -.- then siap siap, cari baju lengan panjang and gosok tudung. ibu dah jerit kat depan pintu suruh cepat sikit. apa lagi menggelabah lah -.- sabar lah wahai ibu ku sayang, anak mu belum siap gosok tudung lagi. haih. ibu cakap ibu nak pergi dulu. wahh jangan lah pergi dulu, nanti kang erine ke sana sorang sorang lagi lah malu >.< jerit balik suruh tunggu. hah macam nenek kebayan tercabut uban dah ibu membebel kat depan pintu. haiya. hah amik je lah pin then pakai tudung sambil jalan. haha, nampak kereta tersidai, berhenti jap, tengok cermin then betulkan tudung. fuh okay cung! hahaha kejar ibu balik. alamak -.- jalan lecak pftt : * redah ja lah. haha sampai sampai ja, macam biasa, mereka bertanya, gerangan siapakah puteri yang cung meletop tu? puteri kepada king and queen mana tu? cewahhh >< double poyo ayat :p jiran jiran kebanyakan nya tak kenal puteri puteri dan putera MR Sharil dan MRS Ruzita, kerana mereka tak keluar bergaul dengan jiran. duduk terperap ja kat rumah. HUH ! KERA SUMBANG ! double eww >< kesah? haha
okay, tuan rumah suruh buat kerja kat dalam, hias bunga telur. hmm terpaksa lah masuk dalam. maka, bermula lah sesi tebalkan muka bertemu orang di dalam seorang diri. grr --' hm duduk jap, tengok dorang potong potong apa entah. malas amik tahu. then bosan pegi dapur balik tengok ibu dengan mak masak sambal nasi ayam. wahh sedap nya bau. kreuk kreuk -.- ops perut berbunyik. hee :D ikut ibu dengan mak keluar pegi pangkin. duduk duduk. tengok mereka potong segala bahan masak. then kena halau lagi dengan tuan rumah suruh buat bunga telur. apalah nasib ku harini, dah lah kebosanan, then asyik kena halau saja. huu T_T masuk lah balik, terus duduk sebelah akak ni. dia sorang ja buat bunga telur. haha okay lah, tolong lah. dapat pahala. borak borak dengan dia. tanya umur. erine ingat umur dia belas belas. mungkin atas or bawah erine. muka tak nampak macam dah 20+ pun. bila tanya, dia cakap 22. omegad. tak percaya erine. haha. okay. moral of value, dont judge a book by its cover. okay. ingat itu ! hm kenapalah mereka bukak cerita cartoon ni. yg tengok tv cuma erine dengan akak tu ja. sebab buat kerja depan tv. hewhew. ahh capai remote then PICIT 852. huahua! hitz fm. akak tu ckp, bosan letew. hanya mampu tersengih. betul letew. haha. then anak tuan rumah datang, menggangu erine dengar lagu. pergi tukar channel. PANGAKO SAYO. haih kak tijah oii. kalau erine punya mata ni terang lagi bersinar. boleh nampak segala sarikata tu, boleh lah tukar. ni satu hapa pun erine tak nampak kakak jiran ku sayang. tukar lah balik hitz fm, hee :D
after siap buat bunga telur. lari keluar, kebelakang. tengok mereka masak and memotong. apa lagi, naik lah atas pangkin. duduk tengah tengah. huahuahua. tolong lah mereka bungkus sambal nasi ayam and sup nya. fuh, panas weh sup nya. nak ikat tu, siap boleh joget joget lagi. jari lecur doh erine ckp -.- okay, siap apa semua, balik. maghrib dah kan. haha then panas kan lauk. ibu terus tidur. penat sangat lah tu. yelah, balik kerja terus siap siap pergi sebelah, masak. mana tak penat. then siap siap apa semua, kejut ibu. pergi sana balik. kay, malam ni ramai pula yg datang membantu. haha tak ada lah banyak kerja sangat malam ni. yang bungkus nasi dah ramai yang tolong. erine? tolong tengok ja, hehe. mak panggil suruh hantar nasi ayam kat anak bujang dia. anak bujang dia marah sebab mak tak masak kat rumah. podah. lepas tu mengurung diri dalam bilik. yo macam perempuan maa. hah tolong lah mak bungkuskan nasi ayam untuk anak dia. tetiba. oh mak kau kaki ku melecur -.- haiya makcik! kot ye pun nak landing kan sup kat dalam periuk, jangan lah sampai landing kan kat kaki saya! habis seluar saya. melecur kaki ku yang putih lagi gebuw ni -.- hah lari lah pergi toilet kat sebelah ni. nasib dekat. fuh. habis kotor seluar. baru pakai, dah kotor. basuh balik. hmm. after that, pecut pegi rumah mak hantar makanan. dah lah jalan nya gelap. lecak pulak tu. nasib tak tergelincir. tanya abah kat mana abang ibal. mak bungkus kan nasi ayam untuk dia. mak cakap ada org marah sebab tak masak, kelaparan. saja cakap kuat kuat bagi dia dengar. kihkih ;p pecut balik pergi rumah sebelah. kali ni dengan abah. hee :) ada org teman. sampai sana tengok abang abang auwww potong ayam untuk dibungkus. huahua, terkeluar kau jantan nya :p ngee :D aduh lomah jantung I tengok abg auww tu begitu lemah lembut bicara nya. aku yang dah tersedia keperempuanan nya pun tak macam tu. hahahaha xD peduli lah. haha then makan, with ibu. ibu tiru erine. sebuk ayam digulung gulung with salad then makan. tayang kat erine pulak tu. alah ibu, akak dah buat benda tu lama dah. akak dah tayang dulu kat ibu :p wekk. haha.
okay, lepas habis kenduri. duduk kat pangkin, tunggu ibu dengan mak habis kan masak inti cucur badak untuk esok. hah makan lagi. kuih talam cendol. baru petang tadi ckp kat mak rindu nak makan talam cendol mak. ngidam. tadi tetiba ada org bagi, letak kat belakang. hah langkah kanan lah beb ! cakap kat mak ada talam cendol. pastu mak cakap hah elok sangat lah tu, kau kan ngidam benda tu. haha tahu itu. okay then. lepas siap masak, time tu back home. huaa home sweet home. and now erine dah siap kan satu entry yang sangat panjang untuk korang baca. penat tahu taip panjang panjang. haha peduli apa erine :) oh ya, akak yang erine ckp tu, yang 22 y/o tu, act pengantin perempuan nya. haha erine baru tahu. :p and ibu pula asyik panggil erine sayang ja tadi. aiyoo mcm erine ni budak kecik pulak kan. ibu dengan papa sama ja. haha. okay. time to bed. malas nak tengok drama papa dengan ibu ni. meluat. nak manja manja pegi keluar sana -.- double jerk bye
♡ SELAMT MALAM SEMUA.ASSALAMUALAIKUM ♡
No comments:
Post a Comment